
Antara perkara-perkara yg menjadi tanggung jawab pelanggan Akaun Semasa adalah:-
- Tulis semua maklumat di atas cek dgn lengkap & jelas.
- Jgn ada pindaan (alteration not allowed) di atas cek yg dikeluarkan.
- Jika berlaku pertukaran alamat & nombor telefon, maklumkan secara bertulis kpd bank. Pastikan juga penandatangan yg sah yg menandatangani arahan / makluman ini.
- Sewaktu cek dikeluarkan, pastikan ada duit yg mencukupi di dalam akaun. Bukan menjadi tanggung jawab bank utk menelefon pelanggan sekiranya akaun insufficient. Perlu diingatkan bhw di negara lain spt Thailand, US & HK, adalah menjadi kesalahan yg serius sekiranya cek dikeluarkan tidak dpt ditunaikan kerana akaun insufficient. Contohnya di US, pemegang Akaun Semasa boleh dipenjarakan jika perkara ini berlaku.
- Menyemak semua baki helaian cek yg telah & masih blm dikeluarkan.
- Seringkali pelanggan menyatakan Penyata Akaun Semasa tidak diterima. Oleh yg demikian, pastikan tindakan perkara (3) di atas dibuat drpd semasa ke semasa.
- Pastikan semua cek yg dikeluarkan adalah dlm pengetahuan pelanggan. Mana-mana cek yg silap ditulis perlu dimusnahkan.
- Jgn tanda tangan cek kosong.
- Gunakan kemudahan internet banking, SMS banking & juga ATM utk membuat semakan baki.
- Jika ada perubahan corak tanda tangan, maklumkan kpd bank dgn kadar segera dgn melengkapkan kad contoh tanda tangan.
Ini hanya sebahagian drpd amalan yg perlu dilakukan oleh pelanggan dlm mengendalikan Akaun Semasa mereka dengan baik. Semoga ini dpt membantu kita semua.
No comments:
Post a Comment