- Alhamdulillah pada Jumaat lepas (15/05/2009), Cawangan KL Sentral telah dapat melaksanakan rancangan majlis solat hajat serta bacaan yassin.
- Majlis dibuat dgn 3 tujuan utama iaitu mengeratkan ukhuwah antara kakitangan, solat hajat serta mendoakan kesejahteraan, kebaikan, tabah hati kepada Pn Marina (Pengurus Operasi - Cawangan KL Sentral) bagi menghadapi ujian Allah swt dan bagi memohon utk dipermudahkan urusan kerja kita, khususnya persiapan penutupan tahun kewangan 08/09 pada bulan Jun 2009 ini.
- Terima kasih diucapkan kepada sahabat2 yg hadir, termasuklah Pengurus Kawasan Tengah (Tn Hj Abdul Rahman Ali), mantan Pengurus Pemprosesan (Tn Hj Abdull Halim), Hj Ashharudin, Hj Razak Kassim, En Rizal Mutalib, En Fazlan serta juga seluruh kakitangan Cawangan KL Sentral yg membantu merancang majlis ini.
- Semoga majlis ini dpt mendekatkan kita kpd Allah swt, menyedarkan kita akan betapa kecilnya kita ini & tidak terlalu mengejar urusan dunia sehingga melalaikan urusan kerohanian.

Khusyuk mendengar perbincangan dgn Tn imam yg dijemput khas dari Masjid Bukit Aman. Farizal a.k.a En Mat yg pakai kain pelikat tu... cover sikit, nanti kipas tiup, jadi cerita lain.
Haji Halim tengah fikir mcm2.... jual stabilizer utk bagi kereta power, nak kemas kotak, perut lapar pun ye !!!!!!!!! Alamak screen QMS tak shut down, aduhhhhh.... naik lagi bil api branch.
ni jer ke yg dtg?
ReplyDelete