Friday, May 29, 2009

Kasut Bola a.k.a BOOT

Aku cuma merasa pakai boot masa sekolah menengah. Tapi anak aku umur 7 tahun dah merasa main bola pakai boot. Jenuh juga pusing kat Pertama Complex utk mencari saiznya. Dapat jugak le anak aku pakai boot & yg penting dpt main bola dlm team.


Budak-budak sekarang... Tak beli nanti dah tak boleh main. Kat Bangi ada LBJB (Liga Bolasepak Junior Bangi), jadi peluang utk anak aku utk join team. LBJB semuanya sukarela. Mak bapak yg take charge.


Bagus juga ada LBJB ni. Sekurang-kurangnya ada peluang utk anak aku bercampur dgn geng2 sebaya dia. Lain le mcm aku dulu, kalau setakat nak main bola, tak payah nak cari jersey atau boot atau mak bapak jadi organizer. Formation team pun mudah, ikut suka & kronisme je. Pengadil pun tak de. Jadi semua player boleh claim foul.. keputusan ikut majority.

Masa aku sekolah rendah, main di padang kuarters Jabatan Hutan kat area rumah aku. Tiang gol... size dewasa le. Kalo nak score gol, tendang atas (sbb goal keeper semuanya kemetot a.k.a pendek). Tentang team, bilangan tak penting. Yg penting jumlah sama banyak. Sapa score dulu, yg kalah kena bukak baju. Senang nak identify team members. Itu dulu brooooo...

Sekarang zaman berubah. Nak cari padang bola atau kawasan lapang utk public usage atau anak-anak kita main mcm kita kecik2 dulu pun dah susah. Jadi tak heranlah aku kalau skill bolasepak sekarang makin menjunam. Sebab tu aku malas layan bolasepak negara.. buang masa. Menyampah aku tengok bila gaya (dressing dgn rambut pacak ala2 wet look) aje yg lebih... tapi bila main dgn Vietnam (yg stadiumnya pun tak sebanyak & sehebat kita) mengeletar kepala lutut kita.

Kalau org tanya aku siapa player Malaysia yg aku kenal, aku lebih senang ingat Azizul Abu Hanifah, Karim Pin, Chong Kim Boon, Dollah Salleh, Serbegeth Singh dll, then generasi yg old sikit mcm Mokhtar Dahari, Santokh Singh, V Arumugam, Jamal Nasir & Hassan Sani. Jgn tanya aku player skrg. Lebih baik aku layan anak aku main bola drpd buang masa melayan bolasepak skrg.

Jgn marah rakyat kalau tak ada sokongan. Kalau dulu masa aku sekolah rendah, main antara sekolah pun ramai yg datang tengok & bg sokongan. Kalau selection state atau district ke, memang dicari sampai akar umbi. Bukan main tangkap muat je atau sbb ada connection. Aku pun tak heran sangat kalau dikatakan player bolasepak Malaysia dikatakan tak patriotik. Tengok aje la jersey team bolasepak kita. Korang tengok betul2.....

Korang cari bendera Malaysia. Ada tak? Yg ada logo FAM. Pelik jugak aku. Yg sponsor team ini duit rakyat (cukai) atau semata-semata duit daripada FAM (tanpa bantuan dana kerajaan atau agihan daripada cukai pendapatan yg disalurkan melalui Kementerian terbabit???).

Jadi... dipendekkan cerita, lebih baik aku layan anak aku main bola je. Bukan utk glamour atau nak wakil negara ttp lebih kpd improving the social / community relationship. Sekurang-kurangnya dpt jugak aku tunjuk skill utk jadi coach... hehehehee.. Baru anak aku tau yg aku pun hebat jugakkkkkk !!!!!

2 comments:

  1. masalahnya,lu boleh ker jadi coach?itu citer dulu...la ni dgn dah keje,reti lagi ke ???

    ReplyDelete